Isnin, 3 Ogos 2009

Kuiz Bulan Ogos Bagi Pelajar Ting 4


1. Berikan maksud sihir dan akibat melakukannya?
2. Siapakah yang mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyah?
3. Berapa lamakah tempoh pemerintahan Saidina Umar al-Khatab?
4. Berikan perbezaan dosa besar dan dosa kecil?
5. Muhsin melakukan ibadat haji di Mekah, dia terlupa melakukan ibadat saie. Apa hukumnya.
6. Sebutkan 5 contoh dosa besar?
7. Hayana telah berjumpa dengan dukun untuk membuat santau kepada rakannya. Apa kesannya pada Hayana sebagai seorang islam?
8. Sebut dua ada ketika menjaga orang sakit.
9. Berikan maksud Mulhid
10. Berikan 2 kesan mendedahkan aurat di khalayak ramai.



Syarat penyertaan.

1. Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 4 di SMTSPPP.
2. Jawapan hendaklah dihantar melalui emel sahaja muhd@live.com.my.
3. Jawapan hendaklah sampai pada atau sebelum 20 Ogos 2009.

Selasa, 21 Julai 2009

Kuiz Bulan Ogos Untuk Tingkatan 5

Salam sejahtera.

1. Siapakah yang mengasaskan ajaran Bahai dan terangkan 3 ciri kesesatannya.
Jawapan:

2. Berikan maksud ahli Sunnah Wal-Jemaah serta 3 pegangannya.
Jawapan :

3. Zulkifli telah menceraikan isterinya ketika dalam haid, apakah jenis talak itu.
Jawapan:

4. Syammil telah berkata kepada isterinya “engkau boleh pergi dari rumah ini selama-lamanya”. Nyata lafaz talak jenis apakah yang digunakan itu.
Jawapan:

5. Hamira telah kematian suaminya beberapa hari lepas. Nyatakan iddah
baginya.
Jawapan:

6. Sebutkan pengasas kerajaan Bani Umaiyah dan jumlah khalifah yang telah memerintah kerajaan Bani Umaiyah.
Jawapan:

7. Siapakah Khalifah Umaiyah yang dianggap sebagai Khalifah al-Rasyidin yang kelima?
Jawapan:

8. Sebutkan dua sumbangan Ibnu Sina kepada dunia perubatan hari ini.
Jawapan:

9. Berikan contoh dua ajaran sesat yang menggemparkan Negara kita.
Jawapan:

10. Di negara manakah letaknya Baitul Haram.
Jawapan:

Syarat penyertaan:

  • Terbuka pada semua pelajar SMT Seberang Perai di Tingkatan 5.

  • 5 pemenang akan dipilih berdasarkan kepada ketepatan jawapan akan untuk diberikan hadiah oleh Panitia Pendidikan Islam.

  • Jawapan wajib dihantar melalui emel ke muhd@live.com.my selewatnya 20 Ogos 2009.

Kembali ke Laman Utama Blog e-Pendidikan Islam

Isnin, 20 Julai 2009

Kuiz Bulan Julai

Tunggu.......................................................................................